| NAMA : SITI NORAZWANI BINTI MOHD AMRAN UMUR : 31 TAHUN AHLI : 2023 |
Latar belakang
Beliau merupakan seorang wanita berdikari yang bekerja sebagai pembantu kantin sekolah di sebuah sekolah rendah. Pada masa yang sama, beliau menjalankan perniagaan kecil-kecilan dari rumah dengan mengambil upah menjahit pakaian serta tempahan kek.Beliau telah menjadi ahli NADI pada Mac 2023, dan mula mengikuti kelas serta bengkel yang ditawarkan, berikutan minat yang mendalam dalam bidang jahitan dan perniagaan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum terlibat dengan kelas keusahawanan di NADI, beliau kurang yakin untuk mengembangkan perniagaannya kerana kekurangan ilmu, bimbingan dan sokongan. Selain itu, beliau tidak mempunyai sistem pengurusan perniagaan yang teratur, dan aktiviti perniagaan dijalankan secara tidak konsisten.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas mengikuti kelas dan bengkel yang dianjurkan oleh NADI, beliau telah mempelajari teknik menjahit dengan lebih terperinci dan professional. Beliau turut mempelajari sistem pengurusan perniagaan yang lebih sistematik. Beliau juga telah mula menggunakan media sosial secara aktif untuk mempromosikan produk jahitannya. Kini, beliau mempunyai keyakinan yang lebih tinggi untuk mengembangkan perniagaan secara kecil-kecilan dan sedang merancang langkah-langkah seterusnya ke arah penjenamaan produk sendiri.