| NAMA : MOHAMAD JIHAD SAMARA BIN MOHD AZALAM UMUR : 18 TAHUN AHLI : 2019 |
Latar belakang
Beliau merupakan seorang pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang menamatkan pengajian di peringkat sekolah menengah. Beliau mempunyai minat yang mendalam dalam bidang e-sukan serta akademik, dan sentiasa berusaha untuk mencapai keseimbangan antara kedua-duanya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum menyertai program di NADI, beliau kurang pendedahan mengenai potensi sebenar bidang e-sukan serta kepentingan kemahiran komunikasi dan kesihatan mental dalam aktiviti tersebut. Dari segi akademik pula, beliau menghadapi kesukaran untuk memberi fokus yang konsisten terhadap pelajaran dan tidak mempunyai teknik pembelajaran yang berkesan.Selain itu, beliau juga kurang keyakinan diri untuk mengimbangi minat dalam e-sukan dengan pencapaian akademik.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas mengikuti kelas dan program yang dianjurkan oleh NADI, beliau telah memperoleh pengetahuan yang lebih jelas tentang dunia e-sukan termasuk aspek disiplin, komunikasi berpasukan dan penjagaan kesihatan mental.Melalui kelas tuisyen yang disertai, beliau juga berjaya meningkatkan pemahaman dalam subjek Bahasa Melayu, Matematik, Sejarah dan Sains dengan lebih sistematik.Hasil daripada usaha dan penglibatan aktif dalam program ini, beliau telah berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM dengan pencapaian 6A. Kini, beliau lebih berkeyakinan untuk meneruskan minat dalam bidang e-sukan sambil mengekalkan prestasi akademik yang baik.