mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 2025 (2) :   PROGRAM PERKHIDMATAN PINTAR – MUHAMMAD DANNY DANIAL

NAMA  : MUHAMMAD DANNY DANIAL BIN RAIMI
UMUR  : 17 TAHUN
AHLI     : 2018

Latar belakang

Danny merupakan seorang pelajar Tingkatan 5 yang telah menjadi ahli NADI sejak tahun 2018. Sejak awal lagi, beliau menunjukkan minat dalam bidang teknologi, terutamanya dalam keselamatan siber dan eSukan, khususnya permainan Mobile Legends. Minatnya terhadap dunia penggodaman dan keselamatan rangkaian mendorong beliau untuk menyertai program Cybersecurity Capture the Flag anjuran NADI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum menyertai program ini, Danny hanya mengetahui asas komputer dan tidak mempunyai pendedahan mendalam terhadap dunia penggodaman, keselamatan siber mahupun bahasa pengaturcaraan. Kemahirannya dalam bidang ICT sangat terhad dan lebih tertumpu kepada penggunaan harian sahaja seperti melayari internet dan menggunakan perisian asas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui penglibatan aktif dalam program anjuran NADI, Danny berjaya menguasai pelbagai kemahiran penting dalam keselamatan siber seperti pengenalan kepada Reflected XSS dan IDOR, memahami bagaimana serangan terhadap teknologi web berlaku, serta teknik menjaga keselamatan laman web. Danny kini boleh menggunakan pembolehubah, operator, if-else, serta loop dan fungsi (def) dalam Python. Dia juga memahami penggunaan alat penggodaman rangkaian, serta bagaimana rangkaian komputer boleh dimanipulasi dalam serangan siber. Program ini telah melonjakkan keyakinannya dan membuka jalan kepada kerjaya dalam bidang keselamatan siber pada masa hadapan.